There was an error in this gadget

Wednesday, March 24, 2010

KISAH PELUKIS POTRET - Jumpa Cikgu Mas di Facebook.com



Assalamualaikum wm. wt.

Kali ini saya ingin bersantai sedikit dengan membawa sebuah kisah fiksyen darihal seorang pelukis potret yang sangat gigih menghasilkan lukisan-lukisan potret.

Pada suatu hari pelukis ini pergi ke rumah seorang pelanggannya yang berada di kampung berhampiran. Dia membawa lukisan potret yang telah siap yang ditempah oleh pelanggannya itu. Setelah berjumpa dengan pelanggannya itu, dia menunjukkan lukisannya dengan hati yang gembira. Malangnya, wajah pelanggannya berkerut.

Pelanggan : Tak serupa saya pun.
Pelukis : Saya ikut foto saudara.
Pelanggan : Saya tak peduli. Saya tak mahu potret ini dan saya tak mau keluar satu sen pun.
( dengan nada marah )

Akhirnya berlakulah satu pertengkaran yang dahsyat. Tiba-tiba pelanggan itu menjerit: Aku TEMBAK kau!!! lalu masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil selaras senapang. Menyedari bahaya yang bakal menimpa, pelukis itu lari lintang-pukang tanpa sempat mengambil lukisan potretnya itu. Setelah jauh berlari dia terserempak dengan kawan baiknya di simpang jalan. Dengan tercungap-cungap dia memegang tangan kawannya itu.

Pelukis : Pehhh! Mujur aku sempat lari.
Kawan : Kenapa? Apa dah jadi?
Pelukis : Pelanggan aku tak puas hati lalu nak menembak aku. Kalau aku tak sempat lari tadi, alamat terburai la isi perut aku.
Kawan : Kalau kau kena tembak tadi, jangan kata isi perut kau terburai, kepala kau pun bersepai.
Pelukis : Kepala aku bersepai tak apa asalkan jari aku tak berkecai. Kalau jari aku berkecai, macam mana aku nak melukis malam ni?
Kawan : ? ? ?

3 comments:

  1. Best cerita ni. Memang beginilah realiti kehidupan pelukis. Sedih ada lawak ada.. paling penting dpt belajar sesuatu. Biar pelanggan tembak kita. Kita jangan tembak pelanggan.. Tahniah Cikgu Mas

    ReplyDelete
  2. Kikikih....Kalau cam tu mintak pelukis tu wasiatkan tangan dia kat saya la...heheheh

    ReplyDelete
  3. Nak belajar lukis potret. Saya lukis benda lain boleh. Tapi bila lukit potret selalu tak jadi :/

    ReplyDelete