Thursday, January 21, 2010

SABAR - Jumpa Cikgu Mas di Facebook.com



Assalamualaikum wm. wt.

Dalam menghasilkan sesebuah lukisan potret, ada sifat-sifat yang diperlukan supaya ia memuaskan hati sendiri, peminat-peminat dan juga para pelanggan. Sifat-sifat tersebut tidak semestinya sudah sedia ada pada diri kita. Sebaliknya, banyak yang perlu diusahakan supaya ianya ada pada diri kita.

Di antara sifat yang perlu ada untuk menghasilkan sesebuah lukisan potret yang baik ialah sifat sabar. Sabar sangat penting kerana melukis potret memerlukan perhatian yang halus dan teliti serta mengambil masa yang agak lama. Jika kita tidak sabar, kita akan berhenti sekerat jalan sahaja. Maka, lukisan kita tidak akan menjadi.

Ini tidak bermakna saya mengatakan diri saya seorang yang penyabar. Tidak! Setakat yang saya kenal diri saya, saya bukanlah penyabar orangnya. Namun, seperti yang saya nyatakan tadi, sifat tadi perlu diusahakan supaya lukisan menjadi lebih baik, maka saya usahakan sifat sabar itu agar ada pada diri saya. Ini bukan satu usaha mudah. Lainlah kalau saudara-saudari sudah sememangnya seorang yang penyabar.

Saya cuma berharap agar suatu hari nanti, melalui kerja-kerja melukis potret ini saya akan menjadi seorang yang betul-betul sabar dalam kehidupan seharian saya. Inilah di antara sebab saya memilih lukisan potret kerana natijah atau hasilnya nanti ialah sabar yang sebati dalam diri. Inilah kejayaan besar yang saya inginkan. Wang ringgit bukanlah keutamaan saya.

Mungkin saudara-saudari bersetuju dengan pandangan saya : sabar lebih utama daripada wang ringgit.

1 comment:

  1. betul tu cikgu...sokong..! melukis mngajar kita bersikap sabar...sbb tu banyak lukisan wani kbanyakan separuh jalan sbb wani kurang sifat mulia tu SABAR!!! hihihi....so untuk mmupuk sifat tu wani kna hasilkan lukisan yg lbih banyak la hihihi x gitu...

    ReplyDelete